Tiktok..tiktok..kejutkan minda bawah
sedar anda.
Tiktok...tiktok..kejutkan minda bawah sedar anda.
Sekarang pejam mata anda.
Tarik nafas dalam-dalam. Tarik nafas perlahan-lahan. Bertenang.
Bayangkan anda sedang berada dalam Rahim IBU anda..tiktok..tiktok..tiktok
Baiklah sekarang angkat jari telunjuk anda dan letakkan di bibir anda.
Kemudian tolak jari telunjuk anda itu ke atas perlahan-lahan masuk ke lubang hidung sebelah kanan anda.
Putarkan jari telunjuk anda itu melawan arah jam .
Haaa...sekarang bagaimana perasaan anda ?
Adakah anda merasakan ketenangan ?
He he he..teringat dulu ada seorang bro yang banyak mempengaruhi aku. Dia ada
kongsi ilmu minda bawah sedar kepada aku. Siap bagi copy audio yang ada suara
dan musik yang guide untuk dalami ilmu minda bawah sedar ni. Siap demo angkat meja batu 2 Kali. Haa yang ni guna tenaga biasa. Yang ni guna tenaga luar biasa. Aku pon yang masa tu masih muda dan mentah berasa kagum.
Bro tu tunjukkan aku tengok aura pokok ,aura bumbung rumah. " haa.. nampak x atas bumbung rumah tu, aura tu"
Tapi bila aku dah semakin dewasa ,dah
semakin matang. Fikir-fikir balik "entah ya entah tidak bro tu. Aura bumbung rumah, bukan itu kesan haba terik matahari ke?..ERM..".
Berbicara mengenai minda bawah sedar ni. Apakah sebenarnya minda bawah sedar ni ?
Secara mudahnya apa yang aku tahu mengenai minda bawah sedar ni adalah begini : Bayangkan anda dikejar seekor anjing yang ganas. Anda berlari dan terus berlari sampai di suatu tempat ada
sebatang parit yang lebar.
Kalau secara normal anda memang tak mampu nak lompat menyeberangi parit tu. Tetapi oleh kerana kebetulan pulak anda dikejar anjing hari tu. Aik..boleh pulak melompat jauh kalah atlet lompat jauh Vietnam.
Haa...inilah yang dinamakan minda bawah sedar.
Aku bukan nak cakap apa lah. Cuma nak bagi tau yang beras cap rambutan pilihan bijak sejak tahun 1983. Beras cap..cap..cap...Cap Rambutan.
Ingat..tiktoktiktok...kejutkan minda bawah sedar anda.
Aku rasa bro tu kencing ko kot
ReplyDeleteark...apa ni
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)